• Jimmy Choo
KUALA LUMPUR - Kasut rekaan Datuk Jimmy Choo mungkin telah menghiasi kaki begitu ramai kerabat diraja dan selebriti namun orang yang menghasilkan ciptaan cemerlang itu tetap menegaskan bahawa sikap rendah diri dan hormat terhadap orang lainlah yang meletakkan beliau di tempatnya sekarang.
 
Dan nampaknya anugerah gelaran datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tidak mengubah sedikitpun pandangannya.
 
"(Gelaran) ini akan mendorong saya bekerja lebih kuat untuk mempromosi Malaysia kepada dunia. Kasut saya 'mengembara' ke Milan, Paris, Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat-tempat lain.
 
"Tetapi hakikatnya di belakangnya ialah Jimmy Choo yang berasal dari Malaysia," katanya kepada Bernama dengan rasa bangga terhadap negaranya selepas istiadat pengurniaan bintang kebesaran dan pingat di Istana Negara di sini hari ini.
 
Menjelaskan tentang sifat-sifat yang membawa kepada kejayaannya, Choo anak kelahiran Pulau Pinang berkata: "Anda mesti menghormati orang lain tidak kira dari mana asal mereka. Bagi saya, saya amat menghormati ibu dan guru-guru saya oleh kerana merekalah orang yang meletakkan saya di tempat sekarang".

Choo adalah antara penerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
 
Sementara itu, Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak, Joseph Mauh Ikeh, 62, menyifatkan sambutan perayaan Gawai tahun ini lebih bermakna dengan penganugerahan darjah PJN kepadanya.
 
Anggota Dewan Undangan Negeri Tamin itu menyifatkan gelaran 'datuk' itu adalah milik rakyat Sarawak selain menjadi tanda penghargaan daripada kerajaan persekutuan kepada anak jati Bumi Kenyalang.
 
"Saya akan lebih berusaha untuk membangunkan masyarakat Sarawak terutama di kawasan pedalaman. Semoga tali perpaduan rakyat Semenanjung dengan Sarawak akan terus diperkukuh," katanya.
 
Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn Bhd Mohamed Faroz Mohamed Jakel, 40, berkata beliau tidak menyangka akan menerima pengiktirafan serupa daripada ketua negara.
 
"Saya rasa amat bertuah diberikan anugerah berprestij ini yang akan menjadi motivasi untuk saya terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara," katanya. - Bernama

 http://www.karangkraf.com/berita/rendah-diri-hormat-rahsia-kejayaan-jimmy-choo-1.166467

 Pra Start Up Perniagaan

Jimmy Choo mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.  Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Beliau  m enyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Bapanya menanggung pengajiannya untuk tahun pertama, manakala beliau terpaksa menanggung pengajiannya sendiri selama 3 tahun lagi dengan melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut. 

Semasa Start Up Perniagaan

Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot. Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. 

Selepas Start Up Perniagaan 

Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz). Jimmy Choo dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.  Jimmy Choo mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.  Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.   Beliau bersara pada tahun 2006 dan menjual saham syarikatnya sebanyak 50 peratus.