“Takkan Melayu Hilang Di Dunia..”
Begitulah antara kata-kata Hang Tuah
yang menjadi pegangan usahawan Melayu untuk terus cuba menguasai kekayaan di
Malaysia ini walaupun hakikatnya pada hari ini dipegang oleh bangsa lain.
Kata-kata seperti “Melayu Mudah Lupa”
mahupun “Melayu Mudah Dijajah” langsung tidak melemahkan semangat para usahawan
melayu untuk cuba menjadi kaya serta mengkayakan bangsa sendiri.Tidak dinafikan
lagi bahawa usahawan Melayu juga hebat berniaga seperti bangsa lain.
Lihat sahaja di mana-mana tempat,
usahawan Melayu tetap ada menjalankan perniagaan mereka sama ada perniagaan
kecil mahupun besar tanpa mengira apa jua industri. Malahan ramai usahawan
Melayu kini telah berjaya dalam perniagaan mereka di dalam dan luar negara. Ini
menunjukkan bahawa “Melayu Hebat Berniaga!”
Dalam artikel kali ini, kami akan
mengetengahkan 10 usahawan Melayu yang sangat hebat dan berbakat dalam
perniagaan yang mereka ceburi dan merupakan 10 usahawan terkaya di Malaysia.
#1 – Syed Mokhtar Al-Bukhari
·
Tan
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia yang
menguasai pelbagai industri di Malaysia.
·
Dilahirkan
pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary
·
Merupakan
orang ke-8 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $2.75 bilion
#2 – Shahril & Shahriman Shamsuddin
·
Kedua
adik-beradik ini merupakan antara bilionaire yang menjalankan perniagaan dalam
industri gas dan petroleum.
·
Merupakan
CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah
syarikat tersebut.
·
Merupakan
orang ke-12 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $1.05 bilion
#3 – Mokhzani Mahathir
·
Datuk
Mokhzani Mahathir merupakan anak kedua mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Mahathir Mohamad, yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum.
·
Dilahirkan
pada Januari 1961, beliau merupakan naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana.
·
Merupakan
orang ke-15 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $980 juta
#4 – Azman Hashim
·
Tan
Sri Azman Hashim merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling
berjaya di Malaysia.
·
Dilahirkan
pada Julai 1939, beliau merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank
ke-5 terbesar di Malaysia.
·
Merupakan
orang ke-17 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $810 juta
#5 – Kamarudin Meranun
·
Datuk
Kamarudin Meranun merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta
pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia.
·
Merupakan
rakan kongsi Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air
Asia Berhad sejak Disember 2001.
·
Merupakan
orang ke-20 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $635 juta
#6 – Ahmayuddin bin Ahmad
·
Merupakan
pengasas bersama yang memegang saham sebanyak 17% dalam Westport Malaysia,
terminal terbesar di Pelabuhan Klang.
·
Kini
berusia 56 tahun, beliau merupakan Pengarah Westport Holdings Sdn Bhd dan
Pengarah Kuala Lumpur Sentral.
·
Merupakan
orang ke-32 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $315 juta
#7 – Eleena Azlan Shah
·
YAM
Raja Eleena Sultan Azlan Shah merupakan anak perempuan Sultan Perak, Sultan
Azlan Shah.
·
Dilahirkan
pada 3 April 1960, beliau merupakan Pengarah syarikat Gamuda yang merupakan
sebuah syarikat pembinaan terbesar di Malaysia.
·
Merupakan
orang ke-41 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $200 juta
#8 – Abdul Hamed Sepawi
·
Datuk
Abdul Hamed Sepawi merupakan antara tokoh dalam industri pembalakan dan
mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan hutan.
·
Berusia
64 tahun, beliau merupakan Pengerusi Naim Holdings Berhad, Sarawak Energy
Berhad, and Ta Ann Holdings Berhad.
·
Merupakan
orang ke-43 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $167 juta
#9 – Nazir Razak
·
Dato’
Seri Mohd Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun
Abdul Razak dan merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib.
·
Dilahirkan
pada tahun 1966 di Kuala Lumpur, beliau merupakan tokoh perbankan yang
mengetuai bank ke-5 terbesar di ASEAN, CIMB. Beliau juga merupakan Pengarah
Urusan & CEO CIMB Group.
·
Merupakan
orang ke-49 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $147 juta
#10 – Hamdan Mohamad
·
Tan
Sri Hamdan Mohamad merupakan antara tokoh usahawan Melayu yang berjaya
menembusi pasaran antarabangsa dalam industri pembinaan dan insfrastruktur.
·
Berusia
57 tahun, beliau merupakan Pengarah Eksekutif, Presiden dan CEO Ranhill Berhad
yang menguasai 56.9% pegangan saham syarikat.
·
Merupakan
orang ke-50 terkaya di Malaysia.
·
Jumlah
Kekayaan: $145 juta
http://www.majalahniaga.com/senarai-terhebat-10-usahawan-melayu-terkaya-di-malaysia-2013.html
No comments:
Post a Comment