25 Ciri Usahawan Berjaya
Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih
lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan
berjaya.Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan
berjaya iaitu:
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang
dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya
adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi
cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan
mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang
sebaik-baiknya patut dilakukan.
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan
sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga
gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada
masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya.
Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan
beroleh kejayaan.
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif,
usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan
cita-citanya.
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang
dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi
perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan
da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati
pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia
berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan
memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu
percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta
pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh
kebijaksanaan.
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang
usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan
inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau
tiada bantuan langsung.
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia
membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu
dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya
lagi pada masa akan datang.
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan
mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya.
Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah
kualiti penting seseorang usahawan berjaya.
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang
cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan
matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah
dicapai.
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia
berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada
ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia
berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum
balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka
strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik
daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara
mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua
ini untuk memajukan lagi perniagaannya.
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu
projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan
mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara
yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar
kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan
sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada
seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala
perancangan.
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna
untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam
perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat
terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai
dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi
untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan
sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain.
Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih
cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan
syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja
berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi
menjamin kemajuan sesebuah perniagaan.
Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.
Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia
akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh
cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya.
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi
pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang
yang menguntungkan dalam masa singkat.
Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.
Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan
kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan
kerjayanya.
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan
pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul.
Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.
" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup
melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia
sukakan kerjayanya."
Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda
berdasarkan ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti
anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya.
http://portalrezeki.blogspot.com/2012/11/25-ciri-usahawan-berjaya_6636.html
No comments:
Post a Comment