Wednesday 9 October 2013

RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN KECIL


Rahsia-Rahsia Dan Tip-Tip Usahawan  
  • Mencipta peluang pekerjaan - Tanpa pekerjaan, bagaimana nak capai kejayaan sebagaiusahawan kecil.
  • Komitmen 100% - Yakni memberi sepenuh perhatian terhadap pekerjaan.
  • Bermula dari bawah - Sesuatu pekerjaan yang dijalankan pastinya bermula langkah tangga pertama. 
  • Selesai masalah - Bukannya mencari pelbagai alasan untuk lari pada permasalahan. Jadikan kegagalan sebagai batu lonjatan untuk teruskan lagi usaha kita.
  • Terapkan permuafakat - Saling berkongsi idea, perancangan, pengalaman, kejayaan bersama usahawan dan pelanggan. 
  • Jaga tingkah laku - Tunjukkan tauladan yang baik sesama usahawan dan pelanggan.
  • Tidak berputus asa - Tidak kenal erti berputus asa kerana setiap pekerjaan akan ada masalahnya.
  • Rajin berusaha - Tidak kenal erti penat lelah, sentiasa rajin menjalankan aktiviti pekerjaan.
  • Tiru kejayaan orang lain - Ambilkan mereka sebagai model untuk ditiru. Jadikan kejayaan mereka sebagai inspirasi untuk kita teruskan perjuangan.
  • Lihat ke hadapan - Jangan toleh ke belakang lagi teruskan apa yang menjadi target kita selama ini. Tak salah kita berangan seperti Mat jenin asalkan ada kesungguhan dan tekad dalam diri kita.
  • Aturkan strategi - Strategi biar betul supaya ia tidak tergelincir daripada landasan asal dan memberi sepenuh perhatian.
  • Motivasi - Sentiasa bermotivasi diri dalam apa jua keadaan. Lihat dan dengar pakar-pakar motivasi yang sentiasa memberi tip-tip dan cara-cara yang berkesan.
  • Yakin - Yakin terhadap kebolehan diri sendiri, kreatif, bijak, cekap dan cepat bertindak.
  • Sedia menerima teguran - Sentiasa menerima teguran dan cuba perbaiki apa yang ditegur oleh pelanggan.
  • Peluang - Ambil peluang terhadap apa saja bantuan, dana daripada agensi kerajaan untuk meningkatkan lagi perusahaan kita.
  • Bijak membuat keputusan - Sentiasa bijak membuat sesuatu keputusan. Dengan keputusan yang segera, ini akan memberi keyakinan pada diri untuk lebih berusaha.  
  • Produk lebih inovatif - Pengeluaran produk dan barangan biarlah lebih berkualiti, terjamin, halal, bersih, bernilai  tinggi dan konsisten.
  • Belajar - Sentiasa belajar walaupun dah jadi usahawan kerana mencapai kejayaan kita perlu tempuhi pembelajaran daripada orang yang lebih dahulu daripada kita serta yang lebih pakar.
  • Jujur dan amanah - Berlaku jujur dan amanah terhadap sesiapa saja, jangan menipu sesama usahawan dan pelanggan.
  • Tidak tamak - Jadi seorang yang pemurah, sentiasa senyum, ceria, bersemangat waja dan penuh karisma.
  • Berdoa dan bersyukur - Banyakkan berdoa dan mengucapkan kesyukuran terhadap Allah Taala supaya segala rezeki yang diberikan mendapat pahala dan keberkatan.                       
                    Hanya ini saja rahsia yang saya dapat simpulkan demi memastikan kejayaan ini boleh dicapai. Tanpa adanya rahsia-rahsia di atas, belum pasti menjaminkan kejayaan. Berusahalah bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan. Kejayaan kita sebagai usahawan kecil.
 
 http://infotpenting.blogspot.com/2013/03/rahsia-kejayaan-usahawan-kecil.html

No comments:

Post a Comment