Thursday 24 October 2013

Kaya & Berjaya - 10 Billionaire Termuda Dunia


April 05, 2013 — Penulis: Tim Majalah Niaga

Kategori:
Berita Bisnes
“Alang-alang berniaga biar sampai menjadi jutawan..”
Begitulah antara prinsip yang dipegang rapi dalam diri setiap usahawan serta bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan. Menjadi seorang jutawan dan billionaire merupakan satu impian yang terindah yang ingin dicapai oleh setiap usahawan dalam muka bumi ini.

Dalam era globalisasi ini, semakin ramai jutawan serta billionare dari pelbagai bisnes mula menyertai senarai orang terkaya di dunia. Secara umumnya, kita telah mengetahui bahawa Carlos Slim Helu merupakan orang terkaya di dunia dengan jumlah kekayaannya mencecah $73 billion pada tahun 2013.

Pada hari ini juga sudah semakin ramai golongan muda bawah 40 tahun yang telah berjaya menjadi jutawan hasil daripada perniagaan dalam industri masing-masing. Menurut Forbes.com, sehingga ke hari ini terdapat 29 orang usahawan muda yang telah menjadi billionaire dan berjaya disenaraikan dalam senarai orang terkaya di dunia.

Siapakah 10 billionaire yang termuda di dunia menurut laman web Forbes.com dan apakah perniagaan yang dilakukannya, sama-sama kita lihat senarai 10 Billionaire termuda dunia berikut:


#1 Dustin Moskovitz (28 Tahun)
Merupakan antara bilionaire termuda di dunia dan lebih muda 2 bulan berbanding rakan karibnya Mark Zuckerberg.

Walaupun beliau antara pengasas bersama Facebook dan memiliki pegangan saham dalam syarikat tersebut, kini beliau tidak lagi bersama dengan gergasi media sosial tersebut.

Merupakan orang ke-353 terkaya di dunia.


Jumlah Kekayaan: $3.8 bilion


#2 Mark Zuckerberg (28 Tahun)
Merupakan pengasas, pengerusi serta CEO Facebook Inc (Facebook.com) iaitu media sosial terbesar di internet pada hari ini.

Sejak Facebook tersenarai di bursa saham, kekayaan beliau semakin melonjak dan adakalanya sedikit menyusut mengikut pasaran saham.

Merupakan orang ke-66 terkaya di dunia.

Jumlah Kekayaan: $13.3 bilion


#3 Albert von Thurn und Taxis (29 Tahun)
Mula memasuki senarai Forbes sejak berumur 8 tahun lagi tetapi mewarisi kekayaan tersebut secara rasmi ketika umur 18 tahun pada tahun 2001.

Antara aset yang beliau miliki termasuklah hartanah, seni serta lebih 36,000 hektar hutan di Jerman. Beliau tinggal di Schloss Emmeram dan merupakan pemandu kereta lumba.

Merupakan orang ke-974 terkaya di dunia.

Jumlah Kekayaan: $1.5 bilion


#4 Scott Duncan (30 Tahun)
Merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik mewarisi kekayaan Dan Duncan, seorang usahawan energy-pipeline yang merupakan pengasas kepada Enterprise Products Partners.

Bisnes yang hanya bermula dengan 2 buah trak pada tahun 1968 dan menjalankan perniagaan dari pintu ke pintu ini berkembang pesat. Pada hari ini syarikat tersebut memiliki 50,000 km salursan gas asli, minyak dan petrokimia.

Merupakan orang ke-239 terkaya di dunia.

Jumlah Kekayaan: $5.1 bilion


#5 Eduardo Saverin (30 Tahun)
Dilahirkan di Brazil dan memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat, beliau merupakan salah seorang daripada pengasas Facebook.

Bekas rakan baik Mark Zuckerberg ini memiliki lebih 2% daripada saham Facebook dan mula membuat pelaburan dalam syarikat startup seperti Qwiki dan Jumio.

Merupakan orang ke-670 terkaya di dunia.

Jumlah Kekayaan: $2.2 bilion


#6 Huiyan Yang (31 Tahun)
Merupakan anak perempuan kepada salah seorang pengasas syarikat hartanah Country Garden Holding 46% saham syarikatnya.

Sehingga kini telah memiliki pelbagai portfolio hartanah termasuk 110 projek yang telah dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan menambah 17 hotel terkemuka.

Merupakan orang ke-211 terkaya di dunia.

Jumlah Kekayaan: $5.7 bilion


#7 Fahd Hariri (32 Tahun)
Merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri.

Ketika sedang belajar, beliau telah membuka sebuah syarikat reka bentuk dalaman di sebuah pinggir bandar dan menjual perabot untuk pelanggan di Arab Saudi.

Merupakan orang ke-1088 terkaya di dunia.

Jumlah Kekayaan: $1.35 bilion


#8 Marie Besnier Beauvalot (32 Tahun)
Bersama dua orang adik-beradiknya yang lain, beliau mewarisi kekayaannya daripada syarikat Lactalis, syarikat gergasi pengeluar tenusu di Perancis yang menguasai pasaran jenama susu, keju dan yogurt.

Mewarisi kekayaan dengan mewarisi perniagaan syarikat Lactalis yang telah diasaskan pada tahun 1930an oleh datuk beliau.

Merupakan orang ke-974 terkaya di dunia.

Jumlah Kekayaan: $1.5 bilion


#9 Sean Parker (33 Tahun)
Merupakan bekas presiden Facebook yang sentiasa sibuk mencari serta memberikan dana untuk syarikat startup baru dan berpotensi.

Antara syarikat-syarikat yang beliau asaskan ialah Airtime, sebuah syarikat perkhidmatan video chat serta Napster, sebuah website yang menyediakan perkhidmatan perkongsian musik secara online.

Merupakan orang ke-736 terkaya di dunia.


Jumlah Kekayaan: $2 bilion


#10 Ayman Hariri (34 Tahun)
Beliau merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri.

Beliau terlibat dalam perniagaan Saudi Oger, salah sebuah syarikat pembinaan terbesar di Arab Saudi dan sumber kekayaan utama keluarga Hariri.

Merupakan orang ke-1088 terkaya di dunia.

Jumlah Kekayaan: $1.35 bilion


http://www.majalahniaga.com/10-bilionaire-termuda-dunia.html