“Alang-alang berniaga biar sampai
menjadi jutawan..”
Begitulah antara prinsip yang
dipegang rapi dalam diri setiap usahawan serta bakal usahawan yang ingin
menceburi bidang perniagaan. Menjadi seorang jutawan dan billionaire merupakan
satu impian yang terindah yang ingin dicapai oleh setiap usahawan dalam muka
bumi ini.
Dalam era globalisasi ini, semakin
ramai jutawan serta billionare dari pelbagai bisnes mula menyertai senarai
orang terkaya di dunia. Secara umumnya, kita telah mengetahui bahawa Carlos
Slim Helu merupakan orang terkaya di dunia dengan jumlah kekayaannya mencecah $73 billion pada tahun
2013.
Pada hari ini juga sudah semakin
ramai golongan muda bawah 40 tahun yang telah berjaya menjadi jutawan hasil
daripada perniagaan dalam industri masing-masing. Menurut Forbes.com, sehingga
ke hari ini terdapat 29 orang usahawan muda yang telah menjadi billionaire dan
berjaya disenaraikan dalam senarai orang terkaya di dunia.
Siapakah 10 billionaire yang termuda
di dunia menurut laman web Forbes.com dan apakah perniagaan yang dilakukannya,
sama-sama kita lihat senarai 10 Billionaire termuda
dunia berikut:
#1
Dustin Moskovitz (28 Tahun)
Merupakan antara bilionaire termuda
di dunia dan lebih muda 2 bulan berbanding rakan karibnya Mark Zuckerberg.
Walaupun beliau antara pengasas
bersama Facebook dan memiliki pegangan saham dalam syarikat tersebut, kini
beliau tidak lagi bersama dengan gergasi media sosial tersebut.
Merupakan orang ke-353 terkaya di
dunia.
Jumlah Kekayaan: $3.8 bilion
#2
Mark Zuckerberg (28 Tahun)
Merupakan pengasas, pengerusi serta
CEO Facebook Inc (Facebook.com) iaitu media sosial terbesar di internet pada hari ini.
Sejak Facebook tersenarai di bursa
saham, kekayaan beliau semakin melonjak dan adakalanya sedikit menyusut
mengikut pasaran saham.
Jumlah Kekayaan: $13.3 bilion
#3
Albert von Thurn und Taxis (29 Tahun)
Mula memasuki senarai Forbes sejak
berumur 8 tahun lagi tetapi mewarisi kekayaan tersebut secara rasmi ketika umur
18 tahun pada tahun 2001.
Antara aset yang beliau miliki
termasuklah hartanah, seni serta lebih 36,000 hektar hutan di Jerman. Beliau
tinggal di Schloss Emmeram dan merupakan pemandu kereta lumba.
Merupakan orang ke-974 terkaya di
dunia.
#4
Scott Duncan (30 Tahun)
Merupakan anak bongsu daripada 4
adik beradik mewarisi kekayaan Dan Duncan, seorang usahawan energy-pipeline
yang merupakan pengasas kepada Enterprise Products
Partners.
Bisnes yang hanya bermula dengan 2
buah trak pada tahun 1968 dan menjalankan perniagaan dari pintu ke pintu ini
berkembang pesat. Pada hari ini syarikat tersebut memiliki 50,000 km salursan
gas asli, minyak dan petrokimia.
Merupakan orang ke-239 terkaya di
dunia.
Jumlah Kekayaan: $5.1 bilion
#5
Eduardo Saverin (30 Tahun)
Dilahirkan di Brazil dan memiliki
kewarganegaraan Amerika Syarikat, beliau merupakan salah seorang daripada
pengasas Facebook.
Bekas rakan baik Mark Zuckerberg ini
memiliki lebih 2% daripada saham Facebook
dan mula membuat pelaburan dalam syarikat startup seperti Qwiki dan Jumio.
Merupakan orang ke-670 terkaya di
dunia.
Jumlah Kekayaan: $2.2 bilion
#6
Huiyan Yang (31 Tahun)
Merupakan anak perempuan kepada
salah seorang pengasas syarikat hartanah Country Garden Holding 46% saham
syarikatnya.
Sehingga kini telah memiliki
pelbagai portfolio hartanah termasuk 110 projek yang telah dilancarkan pada
pertengahan tahun lepas dan menambah 17 hotel terkemuka.
Merupakan orang ke-211 terkaya di
dunia.
#7
Fahd Hariri (32 Tahun)
Merupakan anak bongsu kepada bekas
Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri.
Ketika sedang belajar, beliau telah
membuka sebuah syarikat reka bentuk dalaman di sebuah pinggir bandar dan
menjual perabot untuk pelanggan di Arab Saudi.
Merupakan orang ke-1088 terkaya di
dunia.
Jumlah Kekayaan: $1.35 bilion
#8
Marie Besnier Beauvalot (32 Tahun)
Bersama dua orang adik-beradiknya
yang lain, beliau mewarisi kekayaannya daripada syarikat Lactalis, syarikat
gergasi pengeluar tenusu di Perancis yang menguasai pasaran jenama susu, keju
dan yogurt.
Mewarisi kekayaan dengan mewarisi
perniagaan syarikat Lactalis yang telah diasaskan pada tahun 1930an oleh datuk
beliau.
Merupakan orang ke-974 terkaya di
dunia.
Jumlah Kekayaan: $1.5 bilion
#9
Sean Parker (33 Tahun)
Merupakan bekas presiden Facebook
yang sentiasa sibuk mencari serta memberikan dana untuk syarikat startup baru
dan berpotensi.
Antara syarikat-syarikat yang beliau
asaskan ialah Airtime, sebuah syarikat perkhidmatan video chat serta Napster,
sebuah website yang menyediakan perkhidmatan perkongsian musik secara online.
Merupakan orang ke-736 terkaya di
dunia.
Jumlah Kekayaan: $2 bilion
#10
Ayman Hariri (34 Tahun)
Beliau terlibat dalam perniagaan
Saudi Oger, salah sebuah syarikat pembinaan terbesar di Arab Saudi dan sumber
kekayaan utama keluarga Hariri.
Merupakan orang ke-1088 terkaya di
dunia.
Jumlah Kekayaan: $1.35 bilion
http://www.majalahniaga.com/10-bilionaire-termuda-dunia.html